nota 1 part b

Post on 07-Jul-2018

218 views 0 download

Transcript of nota 1 part b

  • 8/18/2019 nota 1 part b

    1/3

    Kelemahan sistem pendidikan terlalu

    berorientasikan peperiksaan Setiap ibu bapa pasti

    mengharapkan anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan supaya anak

    mereka dapat meneruskan pengajian atau sebagai

    tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.

    Namun, kecemerlangan akademik semata-mata

    belum mencukupi jika tidak disokong dengan

    daya ketahanan untuk menghadapi cabaran.

    Sehubungan itu, kita menyambut baik hasrat

    Kementerian Pelajaran untuk mencari pendekatan

    baru bagi mengurangkan sistem ujian dan

    peperiksaan yang kini dianggap tidak praktikal.

    Pemantauan yang dilakukan juga mendapati sistem

    berorientasikan peperiksaan tidak lagi sesuai

    kerana tidak menguji kemampuan sebenar pelajar,

    sekaligus membebankan pelajar dan guru. Sistembaru akan diperkenalkan secara berperingkat di

    sekolah tertentu. Sistem yang dilakukan akan

    dilihat akan keberkesanannya selama lima tahun,

  • 8/18/2019 nota 1 part b

    2/3

    kemudian akan ditentukan sama ada akan

    diperluaskan ke semua sekolah. Dalam proses

    tersebut akan dilakukan penambahbaikanterhadap mana-mana kecacatan gara

    pelaksanaannya benar-benar berkesan. Sistem

    pendidikan juga memerlukan perubahan kurikulum,

    buku teks dan lain-lain Pada masa ini, guru

    bimbang untuk menggunakan kaedah lain kerana

    takut terkeluar daripada ketetapan Kementerian

    Pelajaran akibatnya, motivasi pelajar merosot

    kerana dipaksa belajar mengikut jadual waktu

    bukan mengikut minat mereka. pa pun, kita

    menyedari kesan nyata daripada kepincangan

    sistem pendidikan negara sudah jelas iaitu

    wujudnya !enomena pengangguran dalam kalangan

    siswa"ah akibat tidak tahu meman!aatkan ilmu

     yang diperoleh. #asalah itu berlaku kerana sistempendidikan dikekang birokrasi sehingga sukar

    berubah. $elaslah sistem pendidikan yang ada

    sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu

  • 8/18/2019 nota 1 part b

    3/3

    menjawab soalan tetapi tidak boleh ber!ikir.

    Kesannya, pelajar berlumba-lumba ke kelas

    tuisyen dan meninggalkan aktiviti kekeluargaandan kemasyarakatan. #asyarakat pula

    berpandangan hanya mereka yang memperoleh

    dalam setiap pelajaran sahaja yang cemerlang dan

    menganggap gagal dalam peperiksaan akan gagal

    segala-galanya. %al ini menyebabkan para pelajar

    tertekan untuk memperoleh keputusan yang baik

    sehinggakan hilang keseronokan belajar. Kini

    terpulang kepada ahli-ahli akademik dan pemikir

    pada peringkat tertinggi untuk mengenal pasti

    pendekatan baru yang sesuai bagi menguasai itu.

    &opy the '(S) )raders and #ake

    #oney * http*++ow.ly+KN&

    http://ow.ly/KNICZhttp://ow.ly/KNICZ