Stpm Bm2 Ans (Sbh)
Transcript of Stpm Bm2 Ans (Sbh)
-
8/14/2019 Stpm Bm2 Ans (Sbh)
1/6
1
Skema jawapan
BAHAGIAN A.
Soalan 1.
Faktor banjir
IS1 Tebus guna kawasan bakau secara meluas menyebabkan proses pasang-surut terganggu
IS2 Sistem perparitan yang tersumbat
IS3 Hakisan tanah menyebabkan sungai cetek
IS4 Faktor cuaca hujan turun tanpa henti dalam tempoh yang lama
Cadangan mengatasi.
IS1 Terowong SMART diperkenalkan di Lembah Klang
IS2 Mendalamkan sungai yang cetek
IS3 Mengawal projek-projek pembangunan di sekitar kawasan paya bakau.IS4 Parit dan longkang sentiasa dibersihkan.
Soalan 2.
Pendahuluan :
Jenayah ragut ialah perbuatan menarik benda berharga seperti beg tangan dan barang
kemas secara paksa oleh penjenayah.
IS1 - Menguatkuasakan dan mengetatkan undang-undang mengenakan hukuman yang lebih
berat hukuman yang memberikan pengajaran wajar dikenakan hukuman sebat dan
penjara dalam tempoh masa yang lama.IS2 - Pemantauan secara menyeluruh dan berterusan di kawasan-kawasan strategic menjadi
tempat peragut menjalankan kegiatannya - polis berpakaian biasa perlu ditempatkan di
kawasan ini.
IS3 - menangkap penagih dadah dan kutu jalanan - golongan ini dikenal pasti sebagai peragut
penangkapan golongan ini akan membersihkan bandar-bandar utama daripada gejalanegatif lain.
IS4 - mengadakan kempen kesedaran dan antijenayah membendung gejala ini daripada
berlaku dalam kalangan rakyat.
IS5 - Menggalakkan rakyat malaysia terutamanya kaum wanita mempelajari seni
mempertahankan diri.
IS6 - Menerapkan nilai-nilai murni melalui pendidikan agama dan moral bermula di bangku
sekolah lagi.
-
8/14/2019 Stpm Bm2 Ans (Sbh)
2/6
2
Soalan 3.
Pendirian : Bersetuju. Langkah untuk meningkatkan lagi sektor pelancongan.
IS1 - Mencari produk pelancongan baharu, seperti ekopelancongan, agropelancongan, dan
mencari destinasi pelancongan yang menarik dan baharu.
IS2 - Menyediakan perkhidmatan tertentu yang dapat menarik kedatangan orang luar,
misalnya melancong di samping mendapatkan rawatan perubatan, membeli-belah,
menyaksikan sesuatu acara sukan, dan lain-lain.
IS3 - Meningkatkan promosi dan publisiti pelancongan, khususnya di luar negara.
IS4 - Mengadakan pakej pelancongan yang menarik dan murah.
IS5 - Menyediakan aktiviti yang dapat memenuhi kehendak, keperluan dan minat pelancong
untuk datang ke Malaysia.
IS6 - Memperbaik kemudahan infrastruktur pelancongan yang disediakan.
IS7 - Mengawal kadar jenayah, seperti ragut, rompak, seluk saku, dan sebagainya yang
menakutkan pelancong.
IS8 - Menjadi tuan rumah bagi sesuatu acara antarabangsa, seperti pertandingan sukan dan
persidangan.
Soalan 4.
Pendahuluan
Format memorandum
IS1 menyukarkan golongan yang berpendapatan rendah
IS2 perniagaan golongan peniaga kecil turut terjejas
IS3 golongan peniaga tertentu seperti pengusaha restoran dan peniaga warung makan
menggunakan alas an ini untuk menaikkan harga makanan
IS4 pemantauan yang lebih kerap harus dijalankan oleh pihak berkuasa ke atas para peniaga
yang terbabit
IS5 menyelaraskan harga barangan kawalan di seluruh negara
IS6 - kerjasama daripada orang ramai dalam membuat aduan
-
8/14/2019 Stpm Bm2 Ans (Sbh)
3/6
3
BAHAGIAN B.
Soalan 5.
IU Perubahan berterusan dalam penggunaan sistem dan rangkaian maklumat serta
persekitaran teknologi maklumat oleh OECD memerlukan semua pihak yangterbabit dalam ini menumpukan lebih banyak perhatian terhadap aspek keselamatan.
IS 1 Sistem dan rangkaian maklumat terdedah pada pelbagai ancaman dan mudah
diceroboh atau diserang. Keadaan ini menimbulkan isu keselamatan dan satu garis
panduan digunakan untuk membangunkan budaya keselamatan.
IS 2 Garis panduan ini menumpukan perhatian pada keselamatan dalam pembangunan
sistem dan rangkaian maklumat serta menerima pakai cara baharu semasa
penggunaan dan saling berhubung dalam sistem dan maklumat.
IS 3 Kerahsiaan merupakan aspek yang sangat penting bagi mengelakkan maklumat
dibaca atau disalin oleh pihak lain.
IS 4 Maklumat akan hilang integriti apabila diubahsuai dengan cara yang tidak dijangka
dan menyebabkan berlakunya perubahan pada maklumat tersebut sama ada oleh
kesilapan manusia atau pengubahan yang sengaja dilakukan.
IS 5 Maklumat yang terpadam atau tidak dapat diperoleh akan menyebabkan hilang
ketersediaan kerana seseorang yang dibenarkan untuk memperoleh maklumat tidakmemperoleh apa-apa yang diperlukan.
IS 6 Ketersediaan rangkaian penting kerana kegagalannya berfungsi, menyebabkan
mereka mengalami penyangkalan perkhidmatan.
K Zaman Maklumat membolehkan manusia hidup lebih selesa, namun masalah
keselamatan yang wujud dalam dunia teknologi memerlukan setiap individu dan
organisasi berhati-hati bagi membendung jenayah siber.
[185 patah perkataan]
-
8/14/2019 Stpm Bm2 Ans (Sbh)
4/6
4
BAHAGIAN C
Soalan 6.
Inderaputera melihat anak raja-raja di atas lancang itu. Semuanya berasal daripada dewa,
rajin jin, anak raja peri seta anak raja cendera, dan semuanya memakai pakaian serta mahkota
keemasan. Mereka bermain lancang/perahu layar dan pelang/buluh/papan, berlumba-lumba
sambil langgar-melanggar mengikut permainan masing-masing. Anak-anak raja itu begitu ramai.
Inderaputera melihat mereka bermain bunyi-bunyian, duduk beramai-ramai di tasik itu sambil
bermain herebab dan kecapi, bersyair, dan berpantun dengan begitu meriah sekali.
Inderaputera lantas mencitakan geliga Panca Mayan daripada peri itu. Dalam sekelip
mata, turun angin, ribut dan taufan, guruh, petir, dan kilat sabung-menyabung. Tasik Bahrul
Asyikin berombak dan semua lancang dan pelang habis karam. Semua anak raja berenang dalam
tasik itu, dan ada antara anak raja itu tenggelam, sesetengahnya naik ke atas tasik, dan
sesetengahnya pula berenang menemui Inderaputera. Inderaputera lantas bertanyakan sebab
mereka basah. Anak-anak raja itu mengatakan bahawa mereka duduk bermain-main di tasik itu,
tiba-tiba berlaku ribut taufan menyebabkan lancang dan pelang mereka karam. Mereka
menambah bahawa ramai saudara mereka mati tenggelam dalam tasik. Inderaputera tersenyum
mendengar kata-kata anak raja itu.
-
8/14/2019 Stpm Bm2 Ans (Sbh)
5/6
5
Soalan 7.
Yayasan Y menawarkan Pinjaman Pelajaran bagi sesi Pengajian Mei 2008. Pemohon dipelawa
untuk memohon Pinjaman Pelajaran Yayasan Y bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah
Pertama, Diploma atau Sijil di Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi sesi pengajian Mei 2008.
Keutamaan permohonan terbuka kepada rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan Y yang
memenuhi syarat yang ditetapkan. Pertama, pemohon lahir di negeri Y dan ibu atau bapa
pemohon lahir di Wilayah Y sebelum 1 Februari, 1978. Kedua, pemohon telah menetap di negeri
Y lebih 10 tahun dan ketiga, telah mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Tempatan sahaja. Keempat, pengajian adalah sepenuh masa. Permohonan yang tidak memenuhi
syarat dianggap gagal.
Pemohon tidak menerima sebarang biasiswa atau dermasiswa atau pinjaman atau bantuan
kewangan lain daripada mana-mana organisasi di dalam atau di luar negara. Pemohon yang
berminat boleh mendapatkan borang permohonan berharga RM2.00 dengan datang sendiri ke
alamat yang dinyatakan atau memohon melalui pos dengan menyertakan sampul surat beralamat
sendiri dan bersetem 60 sen serta Wang Pos berharga RM2.00 atas nama Yayasan Y.
Tarikh tutup penerimaan borang permohonan yang telah lengkap diisi adalah pada 30 Jun
2008. Permohonan borang, penyerahan borang dan sebarang pertanyasan hendaklah diajukan
kepada Pengurus Pembiayaan Pendidikan, Tingkat 17, Menara Yayasan Y, No.18A, Persiaran
Selatan, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon 03-7655 2222/2345/2346
sambungan 140. Nombor faksimili ialah 03-7655 2347.
Catatan:
Bayaran pembelian borang di Tingkat 16 Bahagian Kewangan, manakala pengambilan borang
di Tingkat 17 Bahagian Pembiayaan Pendidikan.
-
8/14/2019 Stpm Bm2 Ans (Sbh)
6/6
6
BAHAGIAN D.
Kesalahan Analisis/Sebab kesalahan Pembetulan
menjadi kesesakan Kata kerja tak transitif menjadi hendaklah diikuti oleh
kata adjektif sebagai pelengkap. kesesakan ialah kata
nama. Perkataan yang betul ialah sesak
menjadi sesak
sebab sebab ialah kata nama dan tidak boleh digunakan
untuk menghubungkan ayat.
kerana
lalulintas lalulintas ialah kata majmuk yang dieja terpisah. lalu lintas
naik Perkataan naik perlu dibubuh apitan meN--i untuk
membentuk kata kerja transitif
menaiki
di tahan di dalam frasa di tahan berfungsi sebagai imbuhan,
bukan sebagai kata sendi nama. Oleh itu, imbuhan di-
hendaklah ditulis bercantum dengan kata kerja tahan
ditahan