O k hO n l e A ders Baca Influencer t l O C O u hA n g A e ... · Dalam persekitaran perniagaan...

7
Influencer A N O U T L O O K O N L E A D E R S H I P & C H A N G E Jilid 190 – Mei 2020 Akses melalui aplikasi pembaca kod QR Login ke… MyHD Learning Space hp://hd-lms.netdimensions.com/ Partner for Leadership and Change ª DARI MEJA HD: PILIHAN PENGARAH Kebolehpelajaran Sebagai Alat Pengurusan Krisis: Apakah yang perlu pemimpin dan organisasi renung dan persoalkan agar kekal relevan dalam perniagaan! ª KE MASA HADAPAN Kecerdasan Pembelajaran (LQ) sebagai Pengukur Kompetensi Abad ke-21 ª SANTAPAN RINGKAS Bahagian A: Prinsip- prinsip Organisasi Pembelajaran Bacaan 60 Saat: Pulangan Pelaburan (ROI) bagi Organisasi Pembelajaran ª MEJA PEMIMPIN Kebolehpelajaran sebagai Pemimpin ª PAPARAN: REFLEKSI Jadi, apakah Kebolehpelajaran Anda (LQ)? Copyright © 2020 Human Dynamic. All Rights Reserved. Baca Influencer: An Outlook on Leadership & Change di mana anda berada! https://www. humandynamic.com/ influencer/ Baca Influencer Jilid Mei dengan melawat laman web kami Kebolehpelajaran: Kunci Penyesuaian Diri dan Mengharungi Gangguan DI DALAM

Transcript of O k hO n l e A ders Baca Influencer t l O C O u hA n g A e ... · Dalam persekitaran perniagaan...

  • Inf luencerA

    n O

    utlO

    Ok On

    leAdership & ChAnge

    Jilid 190 – Mei 2020

    Akses melalui aplikasi pembaca kod QR

    Login ke… MyHD Learning Spacehttp://hd-lms.netdimensions.com/

    P a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

    ªDARI MEJA HD: PIlIHAn PEngARAH Kebolehpelajaran Sebagai Alat Pengurusan Krisis: Apakah yang perlu pemimpin dan organisasi renung dan persoalkan agar kekal relevan dalam perniagaan!

    ªKE MAsA HADAPAn Kecerdasan Pembelajaran (LQ) sebagai Pengukur Kompetensi Abad ke-21

    ªsAntAPAn RIngKAs Bahagian A: Prinsip-prinsip Organisasi Pembelajaran Bacaan 60 Saat: Pulangan Pelaburan (ROI) bagi Organisasi Pembelajaran

    ªMEJA PEMIMPIn Kebolehpelajaran sebagai Pemimpin

    ªPAPARAn: REflEKsI Jadi, apakah Kebolehpelajaran Anda (LQ)?

    Copyright © 2020 Human Dynamic. All Rights Reserved.

    Baca Influencer: An Outlook

    on Leadership & Change di mana anda

    berada!

    https://www.humandynamic.com/influencer/

    Baca Influencer Jilid Mei dengan melawat laman web kami

    Kebolehpelajaran: Kunci Penyesuaian Diri dan

    Mengharungi Gangguan

    DI DALAM

    http://hd-lms.netdimensions.com/https://www.humandynamic.com/influencer/

  • Inf luencerP a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

    Jilid 190 – Mei 2020

    Copyright © 2020 Human Dynamic. All Rights Reserved.

    DARI MEJA HDPilihan Pengarah

    Pandemik COVID-19 telah mempengaruhi pemimpin, pasukan, organisasi dan perkhidmatan di semua industri dan wilayah. Penularan penyakit ini telah mengancam model perniagaan tradisional dan mendesak pemimpin untuk berfikir dengan pantas agar pasukannya dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Walaupun Industri 4.0 sering membincangkan tentang ketangkasan dan bersiap siaga untuk menghadapi gangguan, persediaan untuk menghadapi perubahan yang mendatang masih belum mencukupi. Dalam waktu sebeginilah ketangkasan dan kreativiti dalam penyelesaian masalah dapat membuktikan bahawa masalah tetap dapat diatasi walaupun tiada pemimpin yang mengetuai perkhidmatan dan kekurangan bakat di dalam pasukan. Ini menunjukkan bahawa kebolehpelajaran menjadi satu kemahiran yang

    Kebolehpelajaran Sebagai Alat Pengurusan Krisis: Apakah yang perlu pemimpin dan organisasi renung dan persoalkan agar kekal relevan dalam perniagaan!- Oleh Dr. Deepika Gupta

    paling diperlukan. Walaupun kemahiran ini jarang diutarakan, melalui organisasi pembelajaranlah sesuatu idea baharu tercetus, sama ada daripada perspektif memelihara kesejahteraan warga kerja mahupun mereka semula perkhidmatan agar ianya terus relevan.

    Walaupun setiap organisasi mengharapkan kerjasama yang baik, waktu sukar ini adalah tidak menentu. Oleh itu, satu-satunya perkara yang boleh dilakukan adalah merancang perubahan organisasi yang menggalakkan kebolehpelajaran, boleh dibentuk dan sentiasa bersiap siaga menghadapi risiko. Adalah penting untuk pemimpin menjalankan anjakan paradigma, memupuk kerja berpasukan dan mengenal pasti tingkah laku yang boleh diberikan penghargaan. Antara persoalan - persoalan yang mungkin memanfaatkan pemimpin adalah:

    1 2 3 4 5BAgAIMAnAkAH MoDeL kerjA MASA kInI DApAt DIoptIMAkAn? Daripada mempersoalkan sama ada bekerja dari jauh adalah tindakan yang betul atau salah, lebih baik difikirkan cara untuk menjadikannya berhasil.

    BAgAIMAnAkAH MAtLAMAt perkHIDMAtAn BoLeH DIperBAHAruI AgAr DApAt BertAHAn DALAM MASA DInAMIk SeBegInI? Perubahan yang tidak pernah berlaku susulan pandemik ini telah menunjukkan amalan perniagaan tradisional yang tidak relevan dan tidak mampan. Justeru, beberapa model baharu diperkenalkan dan diuji keberkesanannya sebagai usaha penambahbaikan.

    BAgAIMAnAkAH penDekAtAn LIBAt uruS BAkAt BoLeH DIfIkIrkAn SeMuLA untuk memenuhi keperluan sebenar organisasi berbanding bakat yang bagus untuk diperolehi tetapi tidak mempunyai nilai dan manfaat.

    ApAkAH penDekAtAn AtAu cArA untuk MengIMBAngkAn keBAjIkAn DengAn proDuktIvItI pekerjA? Jika faktor manusia yang menentukan kesinambungan perniagaan dilupakan dan diabaikan, organisasi menunjukkan bahawa mereka telah gagal dalam proses pembelajaran.

    ADAkAH MAtLAMAt pASukAn SeLArAS DengAn gAMBArAn yAng BeSAr? Krisis yang berterusan ini telah menunjukkan perkaitan antara manusia, perniagaan dan persekitaran. Bagaimanakah kita boleh belajar daripada perkaitan ini untuk mewujudkan iklim bekerja, produk, penyelesaian dan perkhidmatan pelanggan yang menyumbang kepada gambaran yang besar agar pasukan, organisasi dan industri boleh memberi

    sumbangan yang lebih besar lagi

    kepada orang ramai.

  • Inf luencer HADApAnKe Masa P a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

    Copyright © 2020 Human Dynamic. All Rights Reserved.

    Jilid 190 – Mei 2020

    Kecerdasan Pembelajaran (LQ) sebagai Pengukur Kompetensi Abad ke-21

    - Oleh Corriyn Choy

    Apabila operasi perniagaan berubah mengikut trend (dengan memperkenalkan pengetahuan, kemahiran dan peranan baharu setiap hari) kepimpinan juga menjadi bakat yang diperlukan. Oleh itu, organisasi mulai menyedari bahawa bagi menjamin operasi perniagaan,

    RujuKAn:« https://sewi-atd.org/resources/Pictures/7%20TRENDS%20FOR%20WORKFORCE%202020.pdf

    « https://www.bizcommunity.com/Article/196/636/161317.html

    « https://www.merittrac.com/blog/so-you-think-you-can-learn-understanding-learnability-workplace

    « https://bloncampus.thehindubusinessline.com/columns/leaderspeak/all-about-the-learnability-quotient/article8077876.ece

    Melibatkan Teknologi

    norma Sosial & Gaya Bekerja Baharu

    Trend AbAd ke-21 yAng MEngubAH

    tEnAgA KERJA DAn InDustRI

    Kepelbagaian Demografi Bakat

    Rekabentuk Pemikiran

    pemimpin dan bakat yang mempunyai keseimbangan Kecerdasan Emosi (EQ) dan Kecerdasan Intelektual (IQ) sahaja adalah tidak mencukupi. Di samping kemahiran kepimpinan tradisional, "Kecerdasan Pembelajaran" (LQ) merupakan perkara yang penting untuk organisasi dan individu.

    “Kadar pembelajaran sesebuah organisasi boleh menjadi satu-satunya sumber kemampanan kepada persaingan." — peter Drucker, pengasas pengurusan Moden

    Dalam persekitaran perniagaan semasa yang sentiasa berubah-ubah, pemimpin dan organisasi berhadapan dengan trend yang sentiasa berubah dan tidak menentu. Keadaan ini menyebabkan organisasi perlu sentiasa menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku agar kekal berdaya saing dan relevan. Apakah cara yang lebih baik untuk menjadi adaptif berbanding cuba mempelajari, sementara membuang dan mempelajari semula kemahiran dan pengetahuan baharu?

    https://sewi-atd.org/resources/Pictures/7%20TRENDS%20FOR%20WORKFORCE%202020.pdfhttps://www. bizcommunity.com /Article/196/636/ 161317.htmlhttps://www.merittrac.com/blog/so-you-think-you-can-learn-understanding-learnability-workplacehttps:// bloncampus.thehindubusines sline.com/columns/leaderspeak/all- about-the- learnability- quotient/article8077876.ece

  • Inf luencer HADApAnKe Masa P a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

    Copyright © 2020 Human Dynamic. All Rights Reserved.

    Jilid 190 – Mei 2020

    pelaku

    Tradisionalis

    perancang

    pelajar

    pemikir

    Inovator

    peneroka

    pencari Cabaran

    Berjiwa Bebas

    Definisi kebolehpelajaran merujuk kepada "keinginan dan keupayaan seseorang untuk berkembang dan menyesuaikan kemahiran diri untuk terus bekerja". Ringkasnya, ia adalah keupayaan untuk terus belajar dan LQ (Kecerdasan Pembelajaran) adalah petunjuk kepada jenis pembelajaran berdasarkan tiga ukuran: Intelektual, Kembara & Tidak Konvensional.

    InteLektuAL keMBArA

    Kesanggupan individu untuk belajar

    dan memahami pengetahuan dengan

    lebih baik

    Keinginan intrinsik individu untuk meneroka dan

    mencuba kaedah baharu

    Keinginan individu untuk

    mempersoalkan status semasa

    Berdasarkan penilaian visual berasaskan web yang dibangunkan oleh Hogan Assessments- ManpowerGroup, terdapat sembilan jenis personaliti yang berbeza untuk LQ. Memahami LQ seseorang boleh membantu meningkatkan celik akal dan menggunakan sumber-

    sumber yang diperlukan untuk memperbaiki kebolehpelajarannya dengan memanfaatkan kekuatan dan kesedaran diri apabila menghadapi cabaran. Jadual di bawah membantu mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran ahli pasukan anda agar anda

    dapat memberikan sokongan yang sewajarnya kepada mereka:

    tIDAk konvenSIonAL

    jenIS perSonALItI

    Individu praktikal yang menyelesaikan masalah dengan menggunakan akal fikiran dan pengalaman. Pemikir yang jelas yang berkecenderungan untuk belajar hanya dengan tujuan yang jelas.

    Patuh kepada etika dan protokol, sering gembira bergaul dengan orang lain. Seorang ahli pasukan yang baik dan memilih untuk bekerja dengan menggunakan pendekatan yang jujur dan secara langsung.

    Perancang selesa dengan perancangan yang disediakan lebih awal dan jelas walaupun terdedah kepada risiko yang membataskan peluang. Mereka juga selesa dengan perhubungan kerja yang rapat.

    Sentiasa memenuhi keperluan intelek dengan meluaskan pengetahuan. Mempunyai pendekatan pembelajaran yang sangat baik.

    Lebih selesa bekerja bersendirian. Cepat memahami prinsip, pola dan struktur berdasarkan ketajaman intelek mereka. Terbuka dan berminat dengan maklumat baharu tetapi mengalami kesukaran sekiranya berlaku percanggahan dan perkara yang tidak rasional.

    Pencetus idea dan trend baharu. Sentiasa ke hadapan dan meneroka perubahan dan pembaharuan.

    Mempunyai keseimbangan antara menggemari pembaharuan kerana berpeluang untuk mencuba perkara-perkara baharu dan bertemu dengan orang lain secara optimis tetapi berhati-hati. Walaupun sentiasa berhati-hati, rutin yang terlalu banyak boleh menyebabkan kebosanan. Suasana bekerja yang tidak berstruktur mungkin akan melemahkan semangat mereka.

    Berjaya dalam situasi yang tidak biasa, suka akan pengalaman dan bertemu dengan orang baharu. Cepat bosan dengan perkara-perkara yang biasa dan boleh diramal. Melibatkan diri dalam perbincangan dan mencari penyelesaian adalah pendekatan mereka berbanding perancangan tradisional.

    Mempunyai gaya asal yang berani dan berdikari dan sering mempersoalkan pihak yang berkuasa. Berminat untuk membangunkan, menolak atau menambah baik trend baharu.

    gAyA peMBeLAjArAn

  • Inf luencerP a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

    Copyright © 2020 Human Dynamic. All Rights Reserved.

    Jilid 190 – Mei 2020 RInGKASSantapan

    BAHAgIAn A

    Dalam iklim perkhidmatan di mana perubahan berlaku dengan pesat dan tidak dapat dijangkakan, tidak menentu, rumit dan kabur (VUCA), rakan kongsi dan pengurus sumber manusia lebih berminat dengan kemahiran dan kecekapan yang menggalakkan kebolehpelajaran bagi meningkatkan prestasi, motivasi dan keterlibatan pekerja. Apakah yang mungkin menghubungkan terma-terma ini? Teruskan membaca! Kemajuan laluan kerjaya yang jelas Projek-projek yang menyokong

    kepentingan peribadi: Terlibat dalam proses membuat keputusan yang boleh menyokong kemajuan kerjaya

    Peluang untuk meningkatkan kemahiran: Kecekapan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas semasa dan (atau) untuk penempatan yang seterusnya

    Peluang dan keberadaan untuk kerja berpasukan

    Pengurus yang menyokong, memahami dan memberi penghargaan3 daripada 5 penggerak libat

    urus mempunyai perkaitan dengan perkembangan kerjaya, yang melibatkan pembangunan dan pembelajaran. Pekerja yang bermotivasi juga memerlukan peluang meningkatkan pengetahuan dan membina kemahiran untuk pembangunan diri. Sehubungan itu,

    Prinsip-prinsip Organisasi Pembelajaran- Oleh Bernice Lim

    bagi memupuk persekitaran yang menggalakkan kebolehpelajaran dan perkembangan minda yang selaras dengan kehendak organisasi, 3 cadangan untuk pihak pengurusan dan sumber manusia adalah:

    BAcAAn 60 SAAtPulangan Pelaburan (ROI) bagi Organisasi Pembelajaran- Oleh Dr. Deepika Gupta

    yang dihasilkan. Adakah pelaburan untuk membina sebuah organisasi pembelajaran menguntungkan? Tidak dapat dinafikan bahawa pada nilai muka, sebuah organisasi pembelajaran adalah sebuah organisasi yang ‘berfungsi’. Namun, dalam rutin perkhidmatan, kita cenderung berpatah balik kepada cara atau tabiat asal yang lebih selesa. Maklumat yang berikut membantu memperkukuhkan paradigma ini dengan mengambil kira parameter yang mengukur kelebihan sebuah organisasi pembelajaran: ketuA yAng pAntAS BertInDAk kepada perubahan justeru mengurangkan beban dari segi masa dan kewangan sepanjang peralihan berlaku. penerIMAAn yAng BAIk terHADAp teknologi atau pelaksanaan produk baharu

    yang meningkatkan keberkesanan dari segi pengurusan masa dan tenaga kerja. penILAIAn preStASI ADALAH perbincangan yang dinanti-nantikan oleh para pekerja bukannya suatu perbualan yang ditakuti kerana ingin merancang matlamat pembelajaran bagi tahun yang akan datang. penDekAtAn MengeMBAngkAn BAkAt ialah melalui latih-semula dan meningkatkan kemahiran bukannya mengabaikan. Terdapat perancangan untuk menghadapi sebarang kemungkinan sebelum suatu operasi perniagaan, perkhidmatan atau kepimpinan menjadi lapuk. MenerIMA LeBIH BAnyAk maklum balas pelanggan yang memuaskan dan menyenangkan kerana dilayan oleh pekerja yang kreatif, berintuitif dan responsif.

    Pulangan Pelaburan (ROI) adalah satu pengukur kejayaan bagi sesuatu inisiatif atau program berdasarkan libat urus bakat atau prestasi atau keuntungan

    Dalam mengejar tarikh akhir dan penyampaian perkhidmatan, pembelajaran di kalangan ahli pasukan seringkali diabaikan – walaupun ini adalah suatu perkara yang baik, ianya bukan menjadi keperluan. Justeru, syarikat perlu melaksanakan dasar yang memberi penghargaan atau ganjaran kepada pekerja yang bertindak proaktif untuk meningkatkan kemahiran, pengurus yang memperuntukkan masa dan sumber bagi menggalakkan pembelajaran dan pasukan yang meluangkan masa untuk belajar dan menaiktaraf diri. Ganjaran ini diberi kepada pekerja yang mempamerkan pemikiran kritikal, berkongsi pandangan dan memainkan peranan yang besar dalam memupuk budaya pembelajaran.

    Dalam usaha menunjukkan keprihatinan dan mempertahankan perkara yang benar, kita mungkin akan berhadapan dengan risiko ingin mengelak daripada perbincangan yang melibatkan maklum balas yang negatif. Ini akan menjadi penghalang kepada usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran memandangkan kaedah yang paling baik untuk menggalakkan motivasi belajar adalah dengan menunjukkan jurang pengetahuan – memberitahu apa yang tidak diketahui dan bagaimana kemahiran tertentu boleh diperbaiki. Kedua-dua pihak pengurus dan pekerja perlu membangunkan diri agar dapat mengatasi cabaran tertentu walaupun akan mengancam keselesaan diri memandangkan inilah yang dituntut oleh suatu pemikiran yang membangun.

    Menurut model rantaian nilai kepimpinan, tingkah laku seseorang ketua memberi kesan yang sangat hebat kepada pasukannya - baik dalam prestasi mahupun tingkah laku. Lebih banyak pengalaman seseorang ketua itu, lebih hebat kesannya kepada pasukan. Prinsipnya mudah : praktikkan apa yang disampaikan! Jika anda inginkan sebuah pasukan yang sentiasa bersikap ingin tahu dan tidak gusar untuk menyuarakan buah fikirannya, maka anda perlulah menggalakkan pemikiran yang kritikal dalam menyampaikan maklum balas.

    MAkLuM BALAS yAng BerMAknA

    DAn MeMBInA

    gAnjArAn untuk peMBeLAjArAn

    BerteruSAn

    kepIMpInAn MeLALuI teLADAn

  • Inf luencerP a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

    Copyright © 2020 Human Dynamic. All Rights Reserved.

    pEMIMpInMeja

    Pemesongan

    Jilid 190 – Mei 2020

    RujuKAn:® https://www.shrm.org/hr-today/news/hr-magazine/pages/0515-learning-culture.aspx

    « https://hbr.org/2018/07/4-ways-to-create-a-learning-culture-on-your-team

    « https://www.linkedin.com/pulse/workplace-learnability-new-organizational-learning-mindset-boelens

    « http://blog.psychpress.com.au/2018/06/learnability-fostering-organisational.htmlhttps://www.linkedin.com/pulse/workplace-learnability-new-organizational-learning-mindset-boelens

    « https://hbr.org/2015/10/the-best-leaders-are-constant-learners

    berkembang (yang bermaksud mereka sebenarnya berminat untuk mempelajari sesuatu yang akan meningkatkan produktiviti dan prestasi di tempat kerja).

    “perkembangan intelektual harus bermula dari saat dilahirkan dan hanya berhenti pada kematian", - Albert Einstein.

    Dengan peningkatan jangka hayat, beberapa keperluan juga telah meningkat. Misalnya, untuk mengekalkan kehidupan yang produktif, bermakna dan memuaskan (untuk tempoh yang lama), banyak yang perlu dipelajari agar dapat menyesuaikan diri kepada perubahan dalam kehidupan peribadi dan profesional. Ini telah membuka peluang untuk meningkatkan kebolehpelajaran yang dianggap sebagai salah satu kemahiran yang paling penting dalam pembangunan diri.

    Di tempat kerja, proses pembelajaran menjadi lebih cepat jika organisasi mempunyai persekitaran pembelajaran yang kondusif. Menurut penyelidik perniagaan, Josh Bersin, "Satu-satunya pemangkin perniagaan yang paling besar adalah kekuatan budaya pembelajaran organisasi"

    Satu kajian mendedahkan bahawa hanya 10% syarikat mempunyai budaya pembelajaran yang menggalakkan perkembangan minda dan mengarahkan pekerja untuk mencapai misi dan visi organisasi melalui perkongsian ilmu (Contoh- Apple dan SAP memupuk budaya pembelajaran dari peringkat pengurusan atas ke bawah)® dan hanya 20% orang yang mempunyai minda

    Dalam kepesatan perubahan dunia kini, pemimpin yang berkesan perlu menerapkan kebolehpelajaran ke dalam rutin mereka dan menunjukkannya kepada pekerja.

    Kebolehpelajaran sebagai Pemimpin- Oleh Shruti Sapre

    DIMenSI keBoLeHpeLAjArAn

    Kesediaan untuk Belajar

    Minat untuk

    Menimba Ilmu

    Bersikap ingin tahu,

    komited dan berwawasan

    Pembelajaran untuk mencapai

    Matlamat Organisasi

    Kebolehan untuk

    Menerima Maklumat

    Suka kepada perjalanan dan perkembangan pembelajaran

    ç Menghargai/ memberi ganjaran kepada pekerja yang merebut peluang pembelajaran/ pembangunan diri secara proaktif. Mengutamakan kebolehpelajaran sebagai prasyarat dalam menentukan peranan pekerjaan

    ç Menggalakkan pembelajaran berterusan, mengadakan peruntukan untuk pekerja yang menunjukkan kebolehpelajaran yang tinggi sebagai pelaburan ç Menggalakkan orang lain untuk membangunkan diri melalui pilihan/ penyelesaian baharu ç Membenarkan orang lain melaksanakan pembelajaran sendiri jika ianya relevan dan sesuai

    gAnjArAn

    ç Dalam mengubah /memperbaharui perspektif diri (jika perlu)

    ç Dalam perhubungan dengan orang lain dari budaya yang berbeza

    ç Dalam membangunkan keselamatan emosi

    ç Berkongsi pandangan dengan orang lain, jangan mengelak daripada perbualan yang serius

    ç Memberitahu pekerja mengenai kemahiran yang perlu dipertingkatkan untuk kemajuan kerjaya dan pembangunan diri

    ç Mengamalkan komunikasi yang sopan dalam menyampaikan maklum balas yang membina

    ç Mendengar pandangan orang lain ç Bersikap ingin tahu dan menggalakkan perasaan ingin tahu ç Berani mencuba dan menggalakkan orang lain berbuat demikian, membincangkan kejayaan dan kegagalan dalam percubaan tersebut ç Memerhatikan tanda-tanda perubahan di sekeliling

    ç Menapis dan merumus maklumat yang berkaitan

    ç Memulakan pembelajaran untuk diri sendiri dan memotivasikan orang lain untuk mempelajari perkara baharu

    TerusKan membaca unTuK memahami cara mewujudKan budaya pembelajaran di TempaT Kerja:

    « https://www.forbes.com/sites/forbeshumanresourcescouncil/2019/05/02/what-leaders-must-know-about-learnability-an-essential-workplace-skill/#406a44231a45

    keAnjALAn MAkLuM BALAS BeLAjAr untuk

    https://www.shrm.org/hr-today/news/hr-magazine/pages/0515-learning-culture.aspxhttps://hbr.org/2018/07/4-ways-to-create-a-learning-culture-on-your-teamhttps://www.linkedin.com/pulse/workplace-learnability-new-organizational-learning-mindset-boelenshttp://blog.psychpress.com.au/2018/06/learnability-fostering-organisational.html https://www.linkedin.com/pulse/workplace-learnability-new-organizational-learning-mindset-boelenshttps://hbr.org/2015/10/the-best-leaders-are-constant-learnershttps://www.forbes.com/sites/ forbeshumanresou rcescouncil/2019/ 05/02/what- leaders-must- know-about-learnability-an-essential- workplace-skill/#406a4423 1a45

  • Inf luencerP a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

    Copyright © 2020 Human Dynamic. All Rights Reserved.

    Jilid 190 – Mei 2020

    pApARAnRefleksi

    jadi, apakah Kebolehpelajaran Anda (LQ)?- Oleh Sonia Hillary

    ØAnda berusaha untuk memperbaiki kemahiran diri selama satu jam atau lebih setiap hari

    ØAnda memberi tumpuan kepada proses, bukan hasil serta-merta

    ØAnda mempunyai perhubungan yang sangat kukuh dengan mentor/jurulatih dan menggunakan mereka sebagai suri teladan dan bimbingan

    ØAnda sangat menyedari sejauh mana anda tidak tahu, dan jurang antara kebolehan sekarang dengan matlamat jangka panjang diri

    ØAnda boleh menerangkan dengat tepat dan terperinci kemahiran yang ingin anda bangunkan

    ØAnda memikirkan cara untuk meningkatkan kemahiran diri sepanjang masa

    ØAnda melakukan tugas harian dengan bersemangat

    ØAnda mempunyai keseimbangan antara membangunkan diri melalui latih tubi dan mencari inovasi

    ØAnda berasa selesa untuk keluar dari zon selesa anda

    ØAnda sentiasa menyesuaikan diri dan menyempurnakan proses pembelajaran anda

    SAngAt BerSetuju

    0 5Soalan-soalan berikut menggambarkan LQ anda yang diperolehi daripada http://danielcoyle.com/2013/07/01/whats-your-lq-learning-quotient/.

    Berikan nilai 0 hingga 5 pada soalan-soalan berikut: 0 untuk sangat tidak setuju; 5 untuk sangat bersetuju.

    Teknologi sentiasa berubah-ubah. Begitu juga dengan suasana di tempat kerja. Keupayaan untuk belajar adalah satu kemahiran yang boleh diukur melalui Kecerdasan Kebolehpelajaran (Learnability Quotient). Kecerdasan Kebolehpelajaran ini mencerminkan keinginan dan keupayaan untuk maju dan menyesuaikan diri dengan keadaan dan cabaran baharu sepanjang kehidupan kerja seseorang. Ia terdiri daripada satu set sifat yang sangat spesifik - gabungan sifat ingin tahu, perkembangan, pemikiran, rendah diri, keupayaan menyesuaikan diri dan kecekalan.

    1 2 3 4SAngAt tIDAk

    BerSetuju

    Skor LQ yang sempurna adalah 50. Skor 25-30, menunjukkan cabaran dalam membentuk rutin harian dan mengamalkannya. Skor kurang dasripada 15 menunjukkan bahawa anda telah bosan atau tidak percaya kepada sebarang amalan.

    Gambaran skor LQ bukanlah tetap. Ia boleh diperbaiki, berkembang, membangun dan diperkasakan melalui budaya persekitaran dan pasukan.